Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
6 hours ago
6 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Keputusan tindakan terhadap enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri akan dibawa dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bukan hanya berkaitan enam ahli Parlimen tersebut sahaja tetapi turut membabitkan kepada semua ahli Bersatu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663000/berita/politik/sokong-pm-keputusan-tindakan-dibawa-dalam-mesyuarat-mpt
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #PN #MPT #Bersatu
6 hours ago
6 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum memutuskan kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bagaimanapun, Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) akan menyertai PRN itu yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662969/berita/politik/prn-sabah-bersatu-pn-belum-putuskan-kerusi-bakal-ditandingi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #PN #PRNsabah
9 hours ago
9 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Penduduk di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor tidak menduga diuji banjir kilat pada Sabtu meskipun cuaca agak panas sejak sebulan lalu dan mendakwa kejadian itu kali kedua berlaku tahun ini selepas kali pertama pada Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pesara tentera, Mohd Aziz Harun, 63, berkata, kejadian banjir kilat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam bermula pada kira-kira jam 7 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662957/edisi/johor/penduduk-tak-sangka-banjir-kilat-berlaku-ketika-musim-panas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjirkilat #musimpanas
10 hours ago
Tabung Haji bersedia terima ketibaan jemaah
10 hours ago
10 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Tabung Haji (TH) bersedia menerima ketibaan jemaah haji menerusi penerbangan pertama ke Madinah pada 9 Mei nanti, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, setakat ini pihaknya telah bersedia 90 peratus dan ibu pejabat TH di Madinah telah beroperasi sepenuhnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662936/berita/nasional/tabung-haji-bersedia-terima-ketibaan-jemaah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #jemaahhaji
14 hours ago
Jangan buat spekulasi nahas helikopter TLDM
14 hours ago
14 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Orang ramai diminta agar tidak membuat spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Lumut 23 April lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu menunggu laporan terhadap siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.
Malah katanya, laporan berkenaan dilihat penting susulan siasatan yang dibuat adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang diperoleh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662885/berita/nasional/jangan-buat-spekulasi-nahas-helikopter-tldm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahashelikopter
15 hours ago
Pinta cadang wujud maktab perguruan tahfiz
15 hours ago
15 hours ago
BERITA SEMASA 5 MEI 2024
Maktab perguruan tahfiz perlu diwujudkan di negara ini bagi memudahkan tugas merekod segala data peribadi guru serta ustaz yang terlibat dalam institusi berkenaan.
Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta), Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata, ia juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan institusi berkenaan sekali gus menjadikan mereka yang berada di dalamnya profesional dalam mengurus pelajar.
Menurutnya, penubuhan maktab itu dapat berfungsi dalam mencegah berlakunya kes-kes negatif dan memalukan melibatkan institusi berkenaan sejak akhir-akhir ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662917/berita/nasional/pinta-cadang-wujud-maktab-perguruan-tahfiz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #maktab #tahfiz
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampahterbakar #kualaterengganu
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Pesawat CESSNA 172 Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA dinaiki dua individu itu berlepas dari LTSAS Ipoh ke Tanjung Karang, Selangor bagi tujuan latihan.
Seorang saksi kejadian menyatakan dia melihat serpihan pesawat sebelum temui mangsa di kawasan ladang berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #pesawatringanterhempasdifeldagunungbesout #Sungkai
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu
2 days ago
2 days ago
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil
Your Title
This is the description area. You can write an introduction or add anything you want to tell your audience. This can help potential listeners better understand and become interested in your podcast. Think about what will motivate them to hit the play button. What is your podcast about? What makes it unique? This is your chance to introduce your podcast and grab their attention.