Episod 78 My #QuranTime 2.0 Rabu 1 Mac 2023 Surah Al-Baqarah (2: 154-157) Halaman 24
Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah Al-Baqarah ayat 154-157 halaman 24 ini adalah:
* Larangan berkata orang syahid telah mati (154)
* Sumpah Allah manusia akan diuji dan ucapan istirja ketika ditimpa musibah (155-156)
* Khabar gembira tentang keampunan dan rahmat-Nya untuk orang yang bersabar (157)
Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 154-157 halaman 24:
* Bersedia mati syahid pada bila-bila masa kerana darjat kemuliaannya (154)
* Berlapang dada dengan sebarang bentuk ujian dan atasinya dengan kesabaran (155)
* Mengucapkan kalimah istirja ketika ditimpa musibah sebagai amalan sunnah (156)
Untuk informasi terkini sila Like, Komen laman-laman rasmi kami:
https://linktr.ee/myqurantime
Sumbangan Tabung Gerakan al-Quran boleh disalurkan ke akaun MAYBANK: 5642 7653 8528 rujukan: Tabung Quran (http://bit.ly/TabungQuran)
My #QuranTime